Saturday 17 September 2011

Sajak Rahsia Merdeka

Al-kisah sebelum atau selepas;
Kepada warga malaya yang dewasa
kita wajar ulang baca tentang sejarah bangsa
yang kini jeritnya tentang merdeka
lalu bangkit ia soal wira juga penderhaka
walaupun hampir enam dekad watikah bangga
bendera di tiang tetap berkibar mesra
tetapi tidak diduga talinya mengundang rahsia.
 
Maka jangan gelisah anak muda juga kaum tua;
Kita tetap damai selagi mampu membuka mata,
menilai dengan membaca bersuara dengan fakta.


06 September 2011
Harakah

1 comment:

  1. بسم الله...
    salam silaturrahim dan salam puisi. semoga lebih giat berkarya. bermanfaat dan diredhai Allah. mari ke beranda saya: http://keroncongdariana.blogspot.com

    ReplyDelete