Wednesday 30 November 2011

PUISI KITA DEWASA

BERITA HARIAN
Tarikh : 17 November 2011
Karya Kreatif : Kita Dewasa
Varsiti : BIL 96
M/S : 12

Tuesday 29 November 2011

KEPULAUAN NANTI

Hampir tiga minggu yang disini. Bermula untuk menulis Novel, saya aturkan rancangan, buat lakaran, rangkakan bahan-bahan, menyusun watak, cari sumber-sumber yang baik untuk diterapkan dalam cerita, kira plan tu berhasil. Tetapi apabila datang pintasan hati untuk menulis, fikiran pun cepat mencernakan ''Nanti la dulu baca buku lagi, kumpulkan maklumat sebanyak boleh, cari pengajaran yang baik. Nanti sampai masa yang sempurna baru mulakan''. Saya pun ikut la kata fikir. Habis satu buku merangkak ke satu buku yang lain, tanpa sedar detik masa semakin bergerak. Sedar atau tidak, lupa atau alpa, hampir 21 satu hari masa berlalu saya tetap disin Kepulauan Nanti... Hari ini saya belajar satu benda yang amat berguna.>>> Untuk memulakan sesuatu pekerjaan jangan menunggu masa, jangan menunda hari, apa yang kita fikir untuk kebaikan esok lakukan sekarang, tiada istilah SEMPURNA.. Garisan penamat tidak akan kita jejak selagi kita tidak mulakan larian... So Go Fazwan Hanafi Go

Sunday 27 November 2011

Doa Akhir tahun & Doa Awal Tahun Hijrah

Diriwayatkan bahawa diantara fadhilat membaca doa tersebut adalah hadith yang bermaksud:

"Barangsiapa membacanya syaitan akan berkata: Kami telah penat letih bersamanya sepanjang tahun, tetapi dia (pembaca doa berkenaan) merosakkan amalan kami dalam masa sesaat (dengan membaca doa tersebut".

Mengenai kata-kata tersebut, Jamaluddin al-Qasimi telah menerangkan bahawa ianya ini tidak diriwayatkan di dalam sebarang kitab-kitab hadith yang bersanad, dan tidak juga di dalam kitab-kitab hadith maudhu’aat (palsu). (Islahul Masajid: 108). Maka ia bukan daripada kata-kata Rasulullah.

Apa Itu Muharram ? ? ?

Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:

Kata Muhammad bin Sirin:-
Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: "Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu". Jawab Umar: "Cadangan yang baik". Mereka berkata: "Tahun bila kita hendak mulakan?". Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: "Bulan manakah hendak kita mulakan?". Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan "Muharram kerana ia bulan yang orang ramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram". Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM (1 Muharram 1433 H).

Friday 25 November 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM

Apabila terbenamnya mentari senja;
Suara Azan sayup mesra memanggil kita.

Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:
Kata Muhammad bin Sirin:-
Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orang ramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah,3/252, Beirut: Dar al-Fikr).

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM ''1 Muharram 1433 H''.

Thursday 17 November 2011

ANAK- INI KASIH IBU

Hari ini kamu adalah kami
Dari dua insan yang sentiasa menanti
Hadir bagaikan mimpi mesra berlari
pada ukiran pelangi yang indah berseri
pada tangisan kecil berlagu ke hati.

 Hari ini kamu memberi kami gelaran
Pada dua jasad yang saling sepadan
Ayah apabila kebahagian seruan
ibu ketika rindu merayap panggilan
Keluarga tenang dalam dakapan.

 Hari ini kamu memberi kami harapan
puncak kasih mengalir sejuta impian
erti sedar membenih seribu pesanan
anak simpang hidup banyak ujian
anak lorong hidup banyak dugaan.

Hari ini kamu adalah kami
daripada tulang terus ke sendi
dari diri meratap ke hati kamu tetap kami
walau ayah telah pergi kerana gegar bumi;
ibu terpaksa mati kerana anak yang di cintai.

Hari ini kami akan kisahkan;
antara sendu anak juga pengorbanan ibu
dalam satu runtuhan yang amat memilu
retak bumi gugurnya isi; anak tetap syahdu
patah tulang terik nadi; ibu terus merayu
dalam jeritan menahan itu “anak ini kasih ibu”.


Saturday 12 November 2011

SENI KAWAN

 


Hampir setengah tahun ini saya cuma memahami seni di dalam acuan sastera, membaca meneliti mengkaji adalah keghairahan saya - syukur setakat ini hasilnya melonjak lebih kedepan banyak juga karya-karya puisi saya mendapat tempat di mata media.

Apabila memandang pelangi yang berseri, apabila menatap senja yang sepi, saya tersihir dengan elemen warna-warni. Bila di gabungkan hasilnya luar biasa kawan. Corak-corak yang indah bagaikan lakaran kehidupan insan.
Pesan guru saya ''kamu tidak perlu belajar juah-jauh tentang ini hanya cukup belajar daripada alam''.

Untuk ini saya mula menaruh minat pada lukisan-lukisan warna. Buku yang wajar saya miliki untuk minat ini ialah Vincent van Gogh. Seorang pelukis dari belanda yang karyanya tidak dikenali ketika ia hidup. Anda tidak perlu ke National Gallery untuk melihat lukisan yang telah dihasilkan, cukup di Google images.

Ini La Seni Kawan; pada kata-kata yang di bentuk menggunakan abjad huruf menjadi sastera. Pada warna-warna yang di gabungkan menjadi lukisan. Ini la luahan kehidupan puncak pengubah peradaban..

Friday 11 November 2011

SYAIR BAHTERA KESEMPUNAAN

Cinta tercipta di dalam hati
Rindu berlagu tidak berhenti
Suara citra mula bergema sakti
Ingin berteman sehidup semati.

Bahasa adat budaya zaman
Menanti hari untuk berteman
Suatu ikatan berbunga di taman
Temetrai janji hidup bertaman.

Darah muda terlalu merah
Bersama berdamai itu fitrah
Kasih di semai bersama di curah
Bahagia indah tersinar cerah.

Rendahkan suara jika berbalah
Benarkan diri untuk mengaku salah
Kerana cinta mungkin akan terbelah
Jika tiada yang ingin mengalah.

Ketika berlayar banyak dugaan
Nakhoda kapal perlu kesaktian
Pemandu arah perlu keilmuan
Tangga kesabaran puncak kejayaan.

Bahtera keluarga mesti cemerlang
Bencana datang tidak berpalang
Bersama beriman biar gemilang
Agar ujian datang bukan penghalang.

Mahligai indah sudah terbina
Menanti rezeki menunggu makna
Kehadiran permata penyeri tahta istana
Pelengkap kehendak keluarga sempurna.


BERITA HARIAN..
Varsiti :- M/S 13
Karya Kreatif :- Syair Bahtera Kesempurnaan
Tarikh :- 03 November 2011
Fazwan Hanafi