Wednesday 19 October 2011

Yang Kaya Syurga; Yang Miskin Neraka.

Jerit saya kepada seorang rakan dalam perbahasan Soal TAHLIL
(kenduri arwah). Saya kata. ''apabila seseorang itu mati ia dipaksa atau terpaksa membuat Tahlil (kenduri arwah) malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan 40. Berapa nilai kos yang perlu sediakan? ? ? pada amalan-amalan diatas jika si mati / ahli keluarga itu Kaya berharta atau mampu SILAKAN Membuatnya... Tetapi jika TIDAK dengan kata lain ia miskin tidak berharta tanggungan masih banyak macam mana...! Cuba kita bayangkan sejenak; seorang suami meninggal dan tinggalkan seorang janda 9 orang anak yatim, bagaimana dengan keadaan ini... pukul rata; adat melayu jika tidak membuatnya mesti ia menyangkakan si mati sedang terseksa atau sedang kelaparan di dalam kubur, jadi bagi mengelak tanggapan Orang kampung ini ahli keluarga mesti membuatnya walaupun dalam keadaan tidak berkemampuan...
 
Menurut saya ini la yang di katakan kezaliman dalam Ibadah-Agama.

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi S.A.W bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)” Hadis sahih dikeluarkan oleh Abu Daud, A1-Tarmizhi dan Ibnu Majah.

Lihat Akhlak apa yang di tunjukan oleh Baginda S.A.W.
''Jika berlaku kematian Masyarakat sekeliling adik beradik, jiran tertangga, kawan-kawan si mati keluarkan Makanan, keluarkan Harta berikan kepada ahli keluarga yang sedang ditimpa Musibah (kematian) mungkin dengan pemberian itu sekurang tidaknya boleh meringankan beban kesusahan mereka''.

Saya umpamakan lagi ''Dunia sekarang ditempat kita kursusnya jika berlaku kematian pergurusan untuk menyempurnakan jenazah nilai ringgitnya mencecah Angka Lima Ratusan ini bukan nilai yang sedikit bagi golongan berpendapatan rendah di negara ini'' fikirkan Benar atau Tidak. Golongan ini memohon wang zakat RM150 pun kena isi banyak Borang untuk mendapatkannya.

Jadi Solusinya menurut saya ''Apabila berlalu kematian orang sekeliling pergi meringankan beban kelaurga si mati... pergi untuk berdoa tentang kebaikan atau sebagainya... tetapi yang Pasti bukan pergi untuk menghabiskan BERAS mereka (keluarga si mati)... ! ! !

Agama VS Adat Melayu


Semalam kesopanan mendidik perbualan kami di atas dasar perbezaan pendapat daripada amalan-amalan ibadah. Bagi saya yang paling garang di bahaskan ialah soal TAHLIL (kenduri arwah). Ternyata dalam perkara ini saya menpunyai pendapat yang agak berbeza dengan teman-teman yang lain - pun bergitu saya menghormati segala bentuk pandangan selagi tiada berlaku kezaliman ke atas agama dimana kezaliman itu boleh dinilai dengan akal yang waras dan cergas. Sebenarnya terlalu banyak saya ingin sampaikan disini namun demikian apakan daya kudrat yang lemah tidak memberikan kesempatan waktu untuk menulisnya kerana masih terlalu banyak perkara yang memerlukan Masa (perhatiaan yang lebih kursus). Apa-pun saya sentiasa mendoakan semoga Allah S.W.T merahmati segala bentuk pandangan dalam soal di atas kerana yang kita cari bukan KALAH atau MENANG yang kita dabarkan adalah REDHA ALLAH S.W.T Dunia Akhirat. Saya tinggalkan dengan memetik pandangan dari Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

(Setiap insan –setelah mempelajari hujah dan dalil- hendaklah berpegang dengan pendapat yang dia yakini paling diredhai Allah. Ini kerana setiap kita akan menjawab untuk diri sendiri di hadapan Allah Azza wa Jalla atas jalan yang dipilih. Tiada siapa yang dapat menolong, melainkan keikhlasan kita dalam beragama. Tanda keikhlasan itu, seseorang memilih apa yang dia yakin –berdasarkan ilmu yang dipelajari- bahawa itulah yang Allah mahu dalam beragama. Bukan atas emosi, bukan atas fanatik. Sebaliknya, atas ikhlas dan yakin.

Selepas itu, kita akur nanti akan ada perbezaan. Kita hormati pilihan setiap saudara muslim kita. Dengan syarat, ianya dalam lingkaran ilmu. Soal keikhlasan, niat dan hasrat setiap kita hanya Allah Yang Maha Tahu. Kita tidak dapat menilai apa yang terselit dan berselindung dalam dada orang lain. Hakikat batin setiap insan menjadi rahsia Allah yang kita tiada ruang untuk kita masuk campur mengenainya.

Maka, tiada siapa dapat memaksa orang lain mengikut pandangannya atau ulama pilihannya. Entah berapa ribu para ilmuwan sepanjang sejarah ilmu dalam Islam ini yang telah melahirkan pelbagai pendapat. Mereka semua itu pun di bawah lembayung Ahlus Sunnah wal Jamaah. Setiap mereka telah berhujah dan berbeza pandangan. Kita ini menuruti rangkaian sejarah yang sama. Memilih dan memberikan pendapat. Tujuannya hanya satu; mencari keredhaan Allah dan memilih jalan dalam beragama yang diyakini memenuhi kehendak Allah dan rasulNya. Tiada siapa boleh berkeras kuasa ke atas orang lain dalam persoalan ilmu, melainkan sekadar berbicara dengan hujah dan alasan yang dia yakini. Kemudian, dia patut berkata seperti al-Imam as-Syafi’i r.a. (wafat 204H) yang menyebut:

“Pendapatku betul, ada kemungkinan salah. Pendapat orang lain salah, ada kemungkinan betul”.

Demikian zuhud dan waraknya imam yang agung itu. Bukan seperti sesetengah, pendapatku betul, pendapat orang lain sesat dan terroris!

Maka, Allah jua Yang Maha Mengetahui segalanya. Hanya yang boleh kita lakukan ialah seperti apa yang Allah firmankan (maksudnya):

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125). 

Justeru, kita hormati setiap yang berjasa. Kita berterima kasih kepada sumbangannya. Kita sayang mereka kerana Allah. Itu semua tidaklah bererti menghalang kita memberikan pandangan yang berbeza dan pendapat yang berlainan atas asas ilmu pengetahuan.)

Tuesday 18 October 2011

Catatan Kembara Jiwa

Kata penyair Abu Firas al Amiri;
“Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”.
(Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).

Saujana kata: pergi wahai diri, mencari dan menel...iti segala rahsia ilahi di alam ini.. luaskan pandanganmu supaya engkau dapat lihat sesuatu dari sudut yang beribu.. kembaralah nescaya engkau akan bertemu dengan sesuatu yang baru.. tentang manusia, dunia dan segala berita.. bawalah ia sebagai obor peringatan buat diri dan teman.. berjalanlah mendapatkan catatan baru untuk masa hadapan.. mungkin ia akan lebih aman dari diari semalam.. himpunkan segala kenangan yang indah dan gundah.. bawalah sebagai bekalan dalam merempuh suatu perjalanan yang mungkin sunyi dan kembara yang mungkin sepi.. kutiplah segala madu dan penawar untuk luka dan calar.. temuilah apa yang kau idamkan.. mungkin ia bekalan baru buat suatu permusafiran yang engkau pun tidak tahu haluan..

Saya kata: ya, selagi kudrat diberi, selagi rezeki boleh dicari, selagi mentari ada di atas bumi, selagi mimpi ada di dalam diri.. insan ini akan terus mencari meneliti akan hebat ciptaan ini akan indah anugerah ilahi.. kata ilmu sebelum jemu, tebal buku sebelum lebu, gerak bumi bersilang hari, kembara hidup sebelum mati..Lihat seterusnya..

Thursday 13 October 2011

Terima Kasih;
Dari semalam saya di hujani Ucapan yang tidak bertali putus daripada banyak khalayak terutamanya Rakan-Rakan Facebook hampir 100 komen perlu di jawab, seketika saya terharu.. Apa pun kamu semua tetap harapan.

Selamat Hari Jadi;
Tiap detik beredar silih berganti,
... hanya setahun sekali saya menanti ini,
bagaikan sejarah tersemat di sanubari,
meraikan saya hidup lagi;
itulah manisan kehidupan,
fitrah insan seloka kelahiran.

Karya yang sempat ditulis ketika di Cairo 2 February 2011..

Monday 3 October 2011

Lorong Dewasa

 
Masih kita kenang wajah yang sayu pilu lembut merayap ke qalbu...
ketika itu kenangan milik kita. Kemesraan yang ada benih dewasa. Bahtera kita bahagia berdiri megah di pulau yang indah di atas dataran kenangan kita meniup bara kehidupan menjadi pelangi impian. Namun lumrah detik arus masa peka berbisik sesudah bahtera menyulam rakit, sesudah pulau menjelma bukit, bara menjadi abu kenangan mula terik erti bahagia berakhir sakit...
Kini. Kita mula berdiri dengan berlari pada haluan sendiri kenangan semakin di lupai dewasa semakin menghapiri..