Wednesday 7 December 2011

Sajak Kita Memberi

Hari ini langit
mesra memeluk insan
pelukannya umpama
kekasih memberi impian
menyerikan setiap detik
- detik masa kehidupan
menabur segala benih
- benih erti harapan
memberikan janji
- janji manis dari tuhan
kita wajar berpesan 
- usaha tangga kejayaan.

Hari ini tapak-tapak
awan indah bertaburan
sinar warnanya tenang
kilauan mentari terang
menemani pagi - pagi
petani yang ceria
menolong senja - senja
nelayan yang bahagia
bumi bagaikan memberi
- insan tiada menerima
alam sepadu berjasa
- insan sentiasa alpa.

Hari esok langit
belum tentu mesra
awan - awan putih
belum tentu ada
sawah - sawah petani
belum tentu berisi
lautan - lautan nelayan
belum tentu berseri
dan kita belum tentu hidup
atau mungkin mati
usah menunggu masa
kerana itu rahsia
jangan menanti esok hari
yang perlu kita memberi.

 BERITA HARIAN
Tarikh : 1 Disember 2011
Karya Kreatif : Kita Memberi
Penulis: Fazwan Hanafi
Varsiti : BIL 98
M/S : 12
>>>Alhamdulillah..
Pembukaan bulan yang baik. Dengan izinnya Allah S.W.T 
akan lahir lagi beberapa karya sebelum penghabisan tahun 2011.
Selamat Membaca.

No comments:

Post a Comment