Saturday 10 December 2011

Sunnah Ketika Gerhana


Mengikut sumber maklumat. Hari ini 10 Disember 2011, dunia sekali lagi akan menyaksikan satu fenomena alam iaitu Gerhana Bulan. Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. 

Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.

Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam.

Di Malaysia, Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (Skymap Pro 8):

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30


Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Sunnah Ketika Gerhana 

Daripada Hadis Abdullah bin Umar r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda "Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah s.w.t. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang".

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1521

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Gerhana

Aisyah radhiallahu’ anha berkata: "Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lantas  Rasulullah s.a.w mengimami solat orang ramai. Baginda berdiri dan memanjangkan berdiri, kemudian rukuk dan memanjangkan rukuk. Kemudian baginda berdiri dan memanjangkan berdiri namun lebih pendek dari berdiri yang pertama. Kemudian baginda rukuk dan memanjangkan rukuk, namun lebih pendek dari rukuk yang pertama. Kemudian baginda sujud dan memanjangkan sujud seterusnya melakukan pada rakaat kedua sama seperti yang dilakukan pada rakaat pertama. Kemudian baginda selesai solat dan matahari telah kelihatan sinarnya kembali". 

Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044

Berbeza dengan solat-solat sunat yang lain, solat Gerhana memiliki empat kali rukuk, iaitu dua kali rukuk setiap rakaat.

Rakaat Pertama
1)      Berniat untuk mengerjakan solat Gerhana (Matahari atau Bulan)
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Membaca Surah al-Fatihah
9)      Membaca Surah al-Qur’an
10)    Rukuk
11)    Iktidal
12)    Sujud
13)    Duduk antara dua sujud
14)    Sujud kali kedua
15)    Bangun untuk rakaat kedua

 Rakaat Kedua
1)      Membaca surah al-Fatihah
2)      Membaca Surah al-Qur’an
3)      Rukuk
4)      Iktidal
5)      Membaca Surah al-Fatihah
6)      Membaca Surah al-Qur’an
7)      Rukuk
8)      Iktidal
9)      Sujud
10)    Duduk antara dua sujud
11)    Sujud kali kedua
12)    Duduk untuk tahiyyat akhir
13)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri

>>> Selamat menunaikannya. 
From fazwanhanafi.blogspot.com (Dari renyai abjad ke gerimis kata)

(credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html. Harian Metro, wikipedia.org/wiki/Solat_sunat_gerhana, hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/9.htm)

No comments:

Post a Comment