Sunday 27 November 2011

Doa Akhir tahun & Doa Awal Tahun Hijrah

Diriwayatkan bahawa diantara fadhilat membaca doa tersebut adalah hadith yang bermaksud:

"Barangsiapa membacanya syaitan akan berkata: Kami telah penat letih bersamanya sepanjang tahun, tetapi dia (pembaca doa berkenaan) merosakkan amalan kami dalam masa sesaat (dengan membaca doa tersebut".

Mengenai kata-kata tersebut, Jamaluddin al-Qasimi telah menerangkan bahawa ianya ini tidak diriwayatkan di dalam sebarang kitab-kitab hadith yang bersanad, dan tidak juga di dalam kitab-kitab hadith maudhu’aat (palsu). (Islahul Masajid: 108). Maka ia bukan daripada kata-kata Rasulullah.

Apa Itu Muharram ? ? ?

Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:

Kata Muhammad bin Sirin:-
Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: "Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu". Jawab Umar: "Cadangan yang baik". Mereka berkata: "Tahun bila kita hendak mulakan?". Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: "Bulan manakah hendak kita mulakan?". Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan "Muharram kerana ia bulan yang orang ramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram". Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM (1 Muharram 1433 H).

No comments:

Post a Comment