Friday 11 November 2011

SYAIR BAHTERA KESEMPUNAAN

Cinta tercipta di dalam hati
Rindu berlagu tidak berhenti
Suara citra mula bergema sakti
Ingin berteman sehidup semati.

Bahasa adat budaya zaman
Menanti hari untuk berteman
Suatu ikatan berbunga di taman
Temetrai janji hidup bertaman.

Darah muda terlalu merah
Bersama berdamai itu fitrah
Kasih di semai bersama di curah
Bahagia indah tersinar cerah.

Rendahkan suara jika berbalah
Benarkan diri untuk mengaku salah
Kerana cinta mungkin akan terbelah
Jika tiada yang ingin mengalah.

Ketika berlayar banyak dugaan
Nakhoda kapal perlu kesaktian
Pemandu arah perlu keilmuan
Tangga kesabaran puncak kejayaan.

Bahtera keluarga mesti cemerlang
Bencana datang tidak berpalang
Bersama beriman biar gemilang
Agar ujian datang bukan penghalang.

Mahligai indah sudah terbina
Menanti rezeki menunggu makna
Kehadiran permata penyeri tahta istana
Pelengkap kehendak keluarga sempurna.


BERITA HARIAN..
Varsiti :- M/S 13
Karya Kreatif :- Syair Bahtera Kesempurnaan
Tarikh :- 03 November 2011
Fazwan Hanafi

2 comments:

  1. Assalamualaikum, awak yang karang syair ni ke?
    bagusnya...sangat bermakna...boleh saya ajar anak murid saya nanti..dengan izin ya.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih,
    terharu saya cikgu. Silakan

    ReplyDelete