Thursday 17 November 2011

ANAK- INI KASIH IBU

Hari ini kamu adalah kami
Dari dua insan yang sentiasa menanti
Hadir bagaikan mimpi mesra berlari
pada ukiran pelangi yang indah berseri
pada tangisan kecil berlagu ke hati.

 Hari ini kamu memberi kami gelaran
Pada dua jasad yang saling sepadan
Ayah apabila kebahagian seruan
ibu ketika rindu merayap panggilan
Keluarga tenang dalam dakapan.

 Hari ini kamu memberi kami harapan
puncak kasih mengalir sejuta impian
erti sedar membenih seribu pesanan
anak simpang hidup banyak ujian
anak lorong hidup banyak dugaan.

Hari ini kamu adalah kami
daripada tulang terus ke sendi
dari diri meratap ke hati kamu tetap kami
walau ayah telah pergi kerana gegar bumi;
ibu terpaksa mati kerana anak yang di cintai.

Hari ini kami akan kisahkan;
antara sendu anak juga pengorbanan ibu
dalam satu runtuhan yang amat memilu
retak bumi gugurnya isi; anak tetap syahdu
patah tulang terik nadi; ibu terus merayu
dalam jeritan menahan itu “anak ini kasih ibu”.


No comments:

Post a Comment